Cart  

(empty)
life-science


we care about your health
Health-Care
Dothan Decorators
water filter system

Minyak Kelapa Dara                                                                                  Bahasa English

 

 

Akhirnya, anda mampu memanjakan semula diri anda dengan khasiat Nutrien seperti yang terkandung di dalam Susu Ibu - Sumbernya, Minyak Kelapa Dara! 
 

Bayangkan sejenak: sejenis produk makanan asli dengan kandungan sehingga 3 kali Asid Laurik berbanding dengan khasiat yang terkandung di dalam susu ibu!

Kearifan/kebijaksanaan perubatan tradisional ada menyebut, susu ibu merupakan pemangkin imunisasi (sistem pertahanan tubuh) terbaik bagi bayi. Secara saintifiknya pula Asid Laurik diperlukan oleh tubuh manusia. Malangnya tubuh manusia tidak mampu menghasilkannya selain yang diperoleh daripada susu ibu.

Penemuan oleh para penyelidik hari ini mendapati - Minyak Kelapa Dara berupaya membekalkan semua keperluan Asid Laurik dalam meransang sistem imunisasi kita. Fikirkan manfaat-manfaat kesihatannya terhadap Anda!!

Minyak Kelapa Dara Warisan Lama - Sejak 3500 Tahun Dahulu


Sejak ribuan tahun lamanya wanita di negara-negara tropika telah memanfaatkan khasiat minyak kelapa dara sebagai pelembab kulit, bibir, losyen, sabun dan perapi rambut. Ia juga dimanfaatkan untuk pelbagai kegunaan lain bagi tujuan penjagaan kesihatan dan penjagaan diri. Sekalung penghargaan (terima kasih) terhadap kemudahan-kemudahan penyelidikan moden, kebijaksanaan silam terbukti tanpa perlu diragukan (dipersoalkan)!!

Ini kerana minyak kelapa dara ini mempunyai tekstur asli, berasal daripada sumber-sumber sayuran serta bebas pestisida dan lain-lain kimia, juga bersih daripada unsur-unsur pencemaran.

Pernahkan anda melihat manusia menggunakan pestisid ke atas pohon kelapa. TIDAK PERNAH PUN! Kelapa merupakan pohon yang tahan lasak, serba boleh serta berupaya hidup walaupun dalam keadaan yang amat sukar.


Penyelidikan Moden Yang Memeranjat Lagi Mengujakan

Penyelidikan moden telah membuktikan yang tidak semua lemak tepu adalah serupa. Minyak kelapa dara pula unik komposisinya. Ini disebabkan oleh kandungan asid lauriknya dan juga rantaian sederhana asid tepunya- hampir menyerupai khasiat susu Ibu.

Sifatnya yang hampir menyerupai khasiat susu ibu inilah yang menjadikan Minyak Kelapa Dara satu penemuan yang cukup mengujakan! Beberapa orang penyelidik bahkan mengatakan yang Minyak Kelapa Dara kemungkinannya adalah minyak paling berkhasiat di atas Mukabumi!

Susu ibu pula telah terbukti secara saintifik sebagai pemangkin imunisasi terbaik bagi bayi-bayi yang menyusu. Renungkan manfaat yang boleh diperoleh daripada Minyak Kelapa dara. Khasiat asid Laurik dan rantaian sederhana asid tepu di dalam Minyak Kelapa Dara Orifera pula adalah 3 kali lebih tinggi berbanding khasiat susu ibu.

Dengan pemanfaatan minyak kelapa dara secara meluas di dalam peramuanan susu formula bayi dan juga sebagai minuman sukan serta makanan tenaga, seakan mengiktiraf/mengesahkan kepercayaan pengilang-pengilang terkemuka terhadap khasiat VCO.

Ia lazimnya diungkap sebagai MCT (rantaian sederhana trigliserida,). Ini bagi menyembunyikan/ satu penyamaran fakta mengenai penggunaan minyak kelapa dalam penghasilan produk.

Rantaian sederhana asid tepu di dalam minyak kelapa dara Orifera ini lebih mudah dicerna berbanding dengan lemak-lemak yang terkandung di dalam lain-lain minyak. Ini kerana minyak ini terus diproses di bahagian hati dan dengan serta-mertanya ditukarkan sebagai tenaga.

Justru, ini mengurangkan ketegangan terhadap hati, pankreas dan sistem pencernaan. Oleh kerana ia mudah dicernakan, rantaian lemak ini juga bahkan berupaya memperbaiki kadar penyerapan lain-lain nutrien.


Cara Pemprosesan Minyak Kelapa Dara (VCO) Yang Efektif

VCO ORIFERA mematuhi piawaian (standard) pemprosesan yang tinggi dan ketat dalam penghasilan minyak kelapa dara ekstranya.

Minyak diekstrak daripada kelapa organik yang matang dengan menggunakan teknik penapaian (fermentasi) bakteria dalam tempoh 8-10 jam.

VCO Orifera tidak menggunakan bahan kimia, enzim ataupun proses pemanasan.

Oleh sebab itu, struktur molekul minyak tidak terjejas . Proses Penapaian (fermentasi) bakteria akan menghasilkan minyak segar lebih asli yang betul-betul boleh dipanggil Dara. Ia menyimpan kesemua khasiat nutrien, asid-asid laurik, asid-asid kaprik, asid-asid kaproik, kaya dengan vitamin dan mineral juga asid-asid amino utama.

VCO ORIFERA,100% segar, asli lagi semulajadi:
• Tanpa ditulenkan
• Tanpa dilunturkan
• Tanpa pemanasan
• Tanpa penyahbauan
• Tanpa bahan kimia
• Tanpa bahan pengawet
• Tanpa bahan penstabil

VCO ORIFERA,secara semulajadinya dibeku/dipejalkan sebagai mentega kelapa lembut pada suhu 25 darjah C. Kandungan tokoferolnya (tocopherol) menyebabkan ia tidak mudah berbau tengik dan tahan disimpan sehingga 2 tahun lamanya.
 

Mengapa Proses Minyak Kelapa Dara ORIFERA (Kelapa Nucifera) Berbeza Daripada Yang Lain:


Terdapat beberapa kaedah dalam pemprosesan minyak kelapa dara. Kaedah-kaedah ini cukup berbeza-beza antara lain-lain negara.

Antara beberapa kaedah yang biasa digunakan adalah ; penapaian (fermentasi) semulajadi, kaedah tekanan sejuk, kaedah enzimatik, pengekstrakan kimia, pemanasan, emparan (centrifuge) dan sebagainya.

Sebab itu jugalah, ketulenan, kesegaran dan peratusan asid laurik dan kaprik bagi minyak kelapa dara adalah berbeza-beza.

Dalam beberapa kes, struktur molekul rantaian asid tepu sederhana telah diubah. Memandangkan beberapa proses-proses tersebut mengambil masa antara 12, 24 ,36 dan 72 jam untuk disempurnakan, ramai pengilang yang agak terkeliru dengan proses-prosesnya.

Kandungan kelembapan minyak-minyak kelapa dara ini cenderong lebih tinggi. Warna minyak kelapa dara pula kelihatan jernih (lutsinar). Aroma wangian (haruman) minyak tidak wujud dan minyaknya cenderong menjadi sedikit berasid disebabkan oleh kehadiran asid asetik.

Bagi Minyak Kelapa Dara ORIFERA, pemprosesannya menggunakan teknik Bioteknologi penapaian (fermentasi) bakteria. Menerusi teknik ini lebih daripada 92% minyak kelapa dara diekstrak dalam tempoh 8 hingga 10 jam tanpa pemanasan dan tanpa menggunakan bahan kimia.

Sisanya kemudiannya dinyahkan/disingkirkan. Menerusi kaedah ini, peratusan asid laurik (45%-50%) dan asid kaprik (4.5 -7.0%) adalah tinggi dan kesegaran minyak turut dikekalkan. Warna minyaknya pula adalah jernih (lutsinar) dan aromanya menyenangkan.

 

Anti Oksida Di Dalam Gel Lembut Minyak Kelapa Dara Orifera

Umum telah mengetahui yang anti- oksida adalah kaedah paling utama dalam menentang perubahan-perubahan yang membawa kerosakan terhadap keseluruhan kesihatan tubuh. Ini dilakukan dengan menyingkirkan kuasa pemusnah radikal-radikal bebas.

Walaupun terdapat bermacam-macam jenis produk anti-oksida dijual di farmasi ubat dan toko makanan kesihatan tempatan, sumber anti-oksida yang ideal seelok-eloknya diperoleh secara semulajadi menerusi pemakanan anda.

Minyak Kelapa Dara yang diproses daripada bentuk aslinya, dan juga anti-oksida semulajadi seperti di dalam VCO Orifera pula akan mengekalkan keasliannya untuk sekurang-kurangnya selama 2 tahun! Bayangkan betapa berfaedahnya ia, di saat-saat ianya memulihara tubuh manusia .

Minyak Kelapa Dara merupakan produk Nutraseutikal yang ideal, sejenis makanan atau makanan tambahan semulajadi. Ia memberi kesan positif kepada kesihatan manusia.

Keunikan khasiat di dalam VCO membantu sistem pertahanan semulajadi tubuh melawan sebarang kemungkinan terhadap serangan viral (kuman virus). VCO kini pula adalah satu daripada produk-produk yang paling banyak dikaji di Universiti-universiti di seluruh dunia.

Kaitan Kesihatan Antara Penyakit Dengan Hormon-hormon Yang Mempertingkatkan lagi Sistem Imun (Pertahanan Diri) Manusia

Penemuan Perubatan Telah Mendedahkan Yang Perubahan-perubahan Hormon, Dan Kekurangan Dalam Hormon-hormon Tertentu Merupakan Faktor-faktor Penyumbang Ke arah Pembentukan Bermacam-macam Penyakit Di dalam Tubuh Badan Manusia.

Para Penyelidik perubatan telah menjalankan kajian ke atas hormon-hormon kita dan kaitannya dengan penyakit-penyakit kita.

Dr Ray Peat daripada Oregon Universiti telah membuat penemuan, di mana ramai pesakit-pesakit kanser payu dara menderita kekurangan/ketidakcukupan yang tinggi di dalam hormon-hormon
DHEA (Dehydroepiandrosterone) dan Pregnenolene di dalam sistem darah mereka.

Hormon-hormon DHEA dan Pregenolene ditemui dengan banyaknya di dalam tubuh orang dewasa yang muda dan sihat.

Menariknya mengenai perkaitan antara kedua-dua Kolagen kita dengan kedua-dua hormon ini ialah:

Pregnenolone adalah prekursor bagi hormon-hormon seks tertentu seperti testosteron pada lelaki dan estrogen bagi wanita. Ia dihasilkan oleh kelenjar pituitari otak dan mengalir bebas di dalam sistem pendarahan manusia.

Pregnenolone menyediakan tahap-tahap tenaga yang tinggi, penglihatan yang bagus, kejelasan pemikiran, kesejahteraan tubuh dan keinginan syahwat (nafsu).

DHEA pula cukup terkenal dengan keberkesanannya di dalam meningkatkan otot dan keinginan syahwat (nafsu) tubuh. Ia juga membantu mempertingkatkan tahap-tahap tenaga.

Penurunan di dalam tahap-tahap DHEA juga diketahui akan mengakibatkan simptom-simpton biasa penuaan seperti, pengurangan di dalam ketegangan dan kelembapan kulit ( pembentukan kedut-kedut), kelesuan dan menjadi lemah, kesakitan pada sendi-sendi dan otot-otot, gangguan tidur dan rasa pening (pitam), kurang penumpuan dan kesedihan.

Dengan kata lain DHEA adalah hormon anti-penuaan.
Empat fungsi utama hormon DHEA adalah kesan anti-penuaan, pengaturan normal (biasa) insulin di dalam darah, pencegahan kanser dan penghasilan kologen. Ia juga dikenali sebagai hormon penghasil kolagen.

Blok pembina asas bagi kolagen tubuh kita adalah Vitamin C, Prolina-L dan Lisina-L. Haiwan boleh menghasilkan sendiri Vitamin C .Sebab itu mereka tidak mengidapi atau kurang menghadapi masalah-masalah berkaitan serangan jantung ataupun kanser. Manusia perlu mengambil Vitamin C dan pati asid-asid amino daripada sumber luar. Pada masa yang sama, hormon-hormon DHEA dan Pregnenolene yang ditemui dalam jumlah yang besar di dalam tubuh kita akan lebih melindungi kolagen daripada serangan kanser. Semua hormon ini adalah blok pembina mustahak di dalam sel-sel kita. Di sinilah terletaknya rahsia sistem imun (pertahanan diri ) kita. Dengan kehadiran banyak Vitamin C, Prolina-L dan Lisina-L, hormon-hormon DHEA dan Pregnenolene, sel-sel kanser boleh dihadkan di lingkungan kawasan tertentu ( dalam bentuk benigna atau tumor) dan disingkirkan dengan pengambilan dos tinggi Vitamin C dan anti-oksida/nutrient-nutrien.( Seperti yang disarankan oleh Dr Linus Pauline)

Untuk maklum anda, penyelidikan ke atas hormon-hormon berkaitan dengan penyakit-penyakit bukanlah bidang yang baru, telah bermula sejak tahun 1954! Para penyelidik dari pelbagai generasi telah memberi kepastian akan perkaitan tersebut dan terus mengulangi kesimpulan-kesimpulan yang serupa.

(Namun demikian tiada seorang pun kelihatan cukup berani untuk membuat satu penyelesaian (kesimpulan), ataupun mungkin telah ada beberapa penyelesaian (kesimpulan). Bagaimanapun dalam tempoh tersebut ianya terhalang oleh tekanan-tekanan yang bersifat peribadi).

Kekurangan dalam hormon-hormon semulajadi tertentu mengakibatkan berbagai penyaki. Yang pastinya, jika tubuh kita mampu menghasilkan hormon-hormon tersebut ia akan mengurangkan risiko untuk memperoleh penyakit-penyakit tersebut dan kemungkinannya akan menyonsangkan (menterbalikkan) keadaan.


“Persoalannya Kini Di Manakah Kita Boleh Memperoleh Hormon-Hormon Semulajadi DHEA Dan Pregnenolene Ini”

Kini, anda boleh memperolehnya di rak-rak farmasi di dalam bentuk makanan tambahan diproses. Ia diambil dari luaran, ditelan dan diserap menerusi sistem pencernaan.

Namun sesungguhnya tiada bandingan setara dengannya sekiranya tubuh anda mampu menghasilkan sendiri hormon-hormon
DHEA dan Pregnenolene ini. Jadi persoalannya ialah: adakah apa-apa yang mampu merangsang tubuh kita untuk menghasilkan 2 hormon ini dengan banyaknya. Jawapannya YA! kami telahpun menemuinya!

Dari Sumber Paling Primitif: Minyak Kelapa Dara

Keunikan minyak kelapa dara terletak pada komposisinya di mana asid lauriknya dan juga rantaian asid tepu sederhananya- hampir menyerupai khasiat yang terdapat pada susu ibu!

Kini, disebabkan, Sifatnya yang hampir menyerupai khasiat susu ibu inilah yang menjadikan Minyak Kelapa Dara satu penemuan yang cukup mengujakan! Sepertimana yang anda sedia maklum susu ibu telah terbukti secara saintifik sebagai pemangkin/penggalak imunisasi terbaik bagi bayi-bayi yang menyusu.

Anda kemungkinannya mempunyai unsur-unsur imunisasi pemangkin (penggalak) tersebut semasa anda masih bayi. Namun semakin anda berusia kandungan asid laurik di dalam tubuh akan semakin berkurangan. Keadaan ini turut mengakibatkan kemerosotan di dalam kesihatan sistem pertahanan diri anda.

Bayangkan manfaat yang boleh diperoleh oleh tubuh manusia daripada Minyak Kelapa dara ini. Kandungan asid Laurik dan rantaian sederhana asid tepu di dalam Minyak Kelapa Dara Orifera ini adalah 3 kali lebih tinggi berbanding dengan susu ibu!

Fikirkan kesan positif ke atas sistem pertahanan tubuh anda bila anda menerima sumber pemangkin/penggalak di mana anda mungkin terlepas peluang menikmatinya sejak bayi!

Hati kita memerlukan rantaian sederhana asid tepu; namun tubuh kita tidak mampu menghasilkan bahan seumpama itu . VCO mengandungi rantaian sederhana asid tepu, justru ia menyediakan tautan di dalam rantaian ini, bagi mempersiapkan hati kita dengan nutrien-nutrien yang diperlukan.

Kereta tidak akan bergerak tanpa minyak, bayangkan bagaimana menyenangkan sekiranya hati kita mendapat “minyak” yang diperlukan untuk berfungsi dengan kesan yang optimum.

Penyelidikan di universiti-universiti di seluruh dunia telah membuktikan yang VCO sesungguhnya mengandungi nutrien-nutrien yang diperlukan oleh organ-organ di dalam tubuh badan manusia.

Misalnya sistem limfatik adalah terdiri daripada pembuluh limfatik yang terbentuk selari dengan vena (urat) darah di dalam tubuh kita. Pembuluh-pembuluh sistem limfatik pula dipenuhi dengan cecair yang dipanggil limfa yang dikumpulkan daripada ruangan di antara sel-sel di dalam tubuh kita.

Cecair-cecair limfa ini membekalkan nutrien kepada sel-sel tubuh kita dengan menyalurkan pelbagai nutrien seperti garam, mineral dan protein kepada setiap satu sel di dalam tubuh kita.

Cecair-cecair limfa juga membawa keluar sisa buangan sel yang terhimpun daripada fungsi-fungsi sel normal ke dalam saluran darah kita.

Darah kemudiannya membawa sisa buangan sel kepada buah pinggang, paru-paru, kolon dan kulit bagi tujuan penyingkiran.

Oleh kerana Minyak Kelapa Dara, mengandungi rantaian sederhana asid tepu (MCFA), ia tidak diserap ke dalam saluran darah ataupun disimpan sebagai lemak di dalam tubuh kita.

Ia menjadi sebahagian daripada cecair limfa dan bergerak ke seluruh sistem limfatik untuk dimanfaatkan oleh tubuh kita sebagai tenaga.

Oleh kerana MCFA mudah diserap oleh organel-organel penghasil-tenaga di dalam sel-sel kita tahap metabolisma badan akan meningkat. Letusan tenaga ini mempunyai kesan stimulasi (rangsangan) ke atas seluruh bahagian tubuh.

Ramai orang, termasuk mereka yang sihat, mereka dengan masalah-masalah kesihatan utama dan mereka yang terlebih berat badannya akan perasan/merasakan kelajuan dalam kadar metabolisma dan suhu badan mereka bilamana mereka menambahkan minyak kelapa dara ke dalam diet mereka.

Dikala VCO mempertingkatkan tahap tenaga anda, terdapat juga faedah-faedah penting lain semasa ia merangsang kadar metabolik anda: ia membantu melindungi anda daripada serangan penyakit dan mempercepatkan penyembuhan penyakit. Bila metabolisma meningkat, fungsi sel-sel adalah pada kadar yang lebih tinggi dan efisyen (cekap). Ia menyembuhkan kecederaan dengan lebih pantas, menggantikan sel-sel berusia dan mati serta membentuk sel-sel baru untuk mengantikan yang telah rosak dengan lebih cepat.

Bahkan sebagai manfaat tambahannya sistem imun (pertahanan badan) akan berfungsi lebih baik, rantaian sederhana asid-asid tepu yang terdapat di dalam minyak kelapa dara juga akan mempercepatkan metabolisma badan dalam membakar lebih banyak kalori dalam badan dan meningkatkan tahap penurunan berat badan secara semulajadi
.

.

Minyak Kelapa Dara Adalah Jawapan Kepada Keperluan Tubuh Dalam Menghasilkal SEMUA Hormon-hormon AMAT Penting dan yang AMAT Mustahak kepada Sistem Pertahanan Badan: Hormon-hormon DHEA dan Pregnenolene.


Penyelidikan telah menunjukkan yang Minyak Kelapa Dara mampu mengawal kelenjar tiroid dan menyeimbangkan penghasilan hormon-hormon pada lelaki dan wanita.

Ramai lelaki dan wanita yang menderita akibat hipotiroidisme ( pembengkakan dan penebalan leher), selepas mengambil VCO memperlihatkan pemulihan sangat hebat. Terima kasih banyak kepada minyak daripada anugerah khazanah alam semulajadi ini.

Paling menakjubkan ialah Asid Laurik di dalam VCO adalah kunci kepada penjanaan sistem imun (pertahanan tubuh) kita dalam menghasilkan hormon-hormon
DHEA dan Pregnenolene yang amat-amat diperlukan tubuh. Carta di bawah menunjukkan bagaimana ia bekerja (berfungsi).

MINYAK KELAPA DARA (VIRGIN COCONUT OIL)

merangsang (stimulate)
Kelenjar Tiroid ( Kelenjar Utama) (Thyroid Gland (Master Gland)

Untuk menghasilkan Tiroksina (To produce Thyroxine)

Tiroksina menukarkan (Thyroxin converts)
LDL (lipoprotein kepadatan rendah – Kolestrol Darah Tidak Bermanfaat ) kepada 4 jenis hormon iaitu; (LDL ( Low density lipoprotein- Bad Blood Cholesterol )

1.Prohormones –2.Pregnenolene—3.DHEA —4.Progestesterone


LDL adalah salah satu punca yang menyebabkan penyakit-penyakit Kardiovaskular. Ia terkumpul di dalam arteri darah kita dan menyebabnya tersumbat dan mengakibatkan berlakunya serangan jantung dan komplikasi-komplikasi lain.

Namun bila kelenjar Tiroid kita berfungsi sebagai mana sepatutnya, iaitu dengan dijana oleh nutrien-nutrien/Asid Laurik di dalam Minyak Kelapa Dara, ia lantas menghasilkan Tiroksina semulajadi yang amat diperlukan di dalam sistem tubuh kita.

Tiroksina kemudiannya menukarkan LDL yang berlebihan kepada hormon-hormon yang amat diperlukan seperti dinyatakan di atas.

Ini akan mengurangkan proses
artheriosklerosis yang merupakan salah satu punca utama serangan jantung.

Ini menjadikan VCO sebagai nutrien semulajadi yang tidak sewajarnya anda abaikan!!

Saya secara peribadinya telah menikmati manfaat yang teramat hebat daripada formulasi zaman silam ini. Saya sesungguhnya teramat gembira kerana berpeluang memperkenalkannya kepada semua orang di dunia agar setiap seorang daripada kita memperoleh semua bahan pemangkin imun semulajadi daripada Minyak Kelapa dara ini.

Seperti mana yang telah saya tunjukkan VCO bukannya sejenis dadah. Bahkan ia tidak langsung menghasilkan hormon-hormon penting di dalam tubuh badan kita. Apa yang dilakukannya ialah menyediakan Asid Laurik yang diperlukan oleh sistem tubuh ini untuk menjana sendiri hormon-hormon yang diperlukan tubuh sejak dari bayi !!

 

"Tiga Alasan Untuk Mencuba Apa Yang Telah Kami Temui."

Alasan Pertama: Minyak Kelapa Dara sedang menjadi bahan penyelidikan Universiti-universiti utama di dunia.Masyarakat Filipina telah memanfaatkannya dalam penyelidikan Aids mereka. Minyak Kelapa Dara terus dimakan (diambil) oleh kumpulan-kumpulan etnik yang telah menikmati manfaatnya sejak beribu-ribu tahun dahulu!


Alasan Kedua:
Sekiranya anda mencari jenis dadah yang telah memperoleh pengiktirafan (kelulusan) dalam menghasilkan hormon-hormon semulajadi seperti yang kami nyatakan, anda kemungkinannya tidak akan pernah menemukannya sepanjang hidup anda bahkan di zaman kehidupan anak-anak kelak. Sistem imun dengan Penggalak/Pemangkin /stimulasi yang memanfaatkan Minyak Kelapa dara ini pula sesungguhnya telah wujud sejak berkurun lamanya.


Alasan Ketiga:
Anda sedang tercari-cari satu penggalak imun semulajadi tubuh anda. Ini untuk meningkatkan sistem pertahanan tubuh daripada sebarang kemungkinan masalah-masalah kesihatan anda. Ini dia penyelesaian yang boleh anda harapkan, makanan kesihatan segalanya semulajadi lagi selamat secara saintifiknya dan sebenarnya mampu melaksanakan fungsinya seperti dinyatakan; iaitu daripada Minyak Kelapa Dara Orifera.


Gel Lembut- Minyak Kelapa Dara Orifera
Virgin Coconut Oil - Softgel

 


RM 53.00 / Botol
Pesanan dalam Malaysia akan sampai 1-4 hari selepas penerimaan bayaran.

Berat Bersih  50 gel lembut
No. Pendaftaran  USFDA : 14780734662 
Diluluskan Oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

 


Dapatkan Sekarang ! 


Panduan Pembayaran :

Bagaimana Membuat Pembayaran ?



Kepada Pelanggan Malaysia

Menggunakan Visa / Mastercard / Paypal Via ipay88 :


IPAY88: Sila ambil perhatian yang pembayaran anda akan diproses oleh Mobile88.com Sdn. Bhd. Nama Mobile88.com akan ditunjukkan dalam penyata Kad Kredit / Bank dan anda akan menerima notis emel mengenai pembayaran itu dari Mobile88.

Emel kami di 
naturenutrients.com@gmail.com
 dan kami akan menghantar invoice elektronik dimana anda boleh membayar dengan Kad Kredit.

Menggunakan Mesin ATM dan Pemindahan Wang pihak ketiga Bayar Kepada:

CIMB Account : 1263 0000 8500 58
Name : Nature Nutrients


E-mel butir-butir pembayaran anda kepada kami :

Nama :
Alamat Penghantaran :
Nombor Telefon Bimbit :

Butir-butir Pebayaran

Jumlah Wang yang dipindahkan :
Lokasi Bank :
Tarikh Pembayaran :


Butir-butir Lain

Nama Produk :
Kuantiti :
E-mel :
naturenutrients.com@gmail.com

Kos Penghantaran

Penghantaran dalam Malaysia :

Kos penghantaran sebanyak RM5.00 akan dikenakan bagi pembelian yang tidak melebihi RM99.00. Jadi ia adalah tidak memadai bagi penghantaran satu kali, disebabkan itu kami menggalakkan anda untuk membeli sekurang-kurangnya lebih daripada RM99.00. Setiap pembelian yang melebihi RM99.00, tiada kos penghantaran dan ia percuma.

Penghantaran Malaysia Servis :

  

Hubungi kami jikalau anda ada sebarang pertanyaan.

Nature Nutrients (001608822-W)
26B, Jalan Watan 6,
Taman Sri Watan Ampang,
68000, Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.

Fax : 603 - 4296 4539
E-mel :
naturenutrients.com@gmail.com

Dos Dicadangkan: 2 biji gel lembut sehari selepas makan tengahari atau makan malam ( maksimum 4 biji sehari bila keperluan meningkat). Anda digalakkan mengambil VCO selama 90 hari berturut-turut untuk melihat dan merasa perbezaannya.

Ambil Perhatian:
Minyak Kelapa Dara ORIFERA bukanlah sejenis dadah dan anda tidak boleh mengharapkan ia memberi kesan serta-merta seperti dadah. Tidak seperti dadah, Minyak Kelapa Dara ORIFERA adalah makanan nutraseutikal, justru ia membantu proses pemulihan semulajadi badan. Anda tidak boleh mengharapkan masalah-masalah kesihatan kronik yang telah dihidapi bertahun lamanya akan hilang dalam masa semalaman saja. Minyak Kelapa Dara ORIFERA bukanlah penyembuh mana-mana sebarang penyakit tertentu ataupun masalah kesihatan. Apa yang dilakukkannya ialah menyediakan tubuh dengan elemen-elemen bernutrien yang diperlukan untuk tubuh pulih dengan sendirinya. Anda perlu menunggu sehingga tubuh mampu menyerap nutrien-nutrien tersebut. Kadangkala ini mungkin akan memakan masa. Gunakan minyak kelapa dara ORIFERA dalam jangkamasa mencukupi untuk melihat perbezaannya.
 
* Kenyataan-kenyataan ini belum lagi dinilai oleh Pentadbir Makanan dan Dadah. Produk ini bukan bertujuan untuk membuat apa-apa diagnosis, merawat, memulih ataupun menghindar sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat profesional penjagaan kesihatan berkelayakan mengenai kekuatiran tertentu berkaitan kesihatan andaHasil keputusan antara berlainan individu kemungkinannya adalah beza-beza.