EKSTRAK DAUN ZAITUN ORIFERA™
Dalam era kehadiran dadah dan ubatan suplemen kesihatan sintetik di kaunter jualan pada hari ini , seringkali kita terlepas pandang kepada sumber penawar berkesan seperti dedaunan zaitun yang telah wujud sejak beribu tahun lamanya.
Dalam cerita silam mengenai Bahtera Nabi Noh, seekor merpati telah dikirim sebagai utusan untuk meninjau petanda kehidupan terawal di bahagian bumi yang dilanda petaka banjir.
Petanda awal yang ditemui adalah daunan zaitun baru dipetik segar. Pohon zaitun adalah satu daripada tumbuhan, paling banyak dimanfaat dalam sejarah ketamadunan silam; kayunya dimanfaatkan sebagai balak sementara buahnya diproses untuk menghasilkan minyak bernilai tinggi.
Hari ini, telah diketahui umum bahawa minyak zaitun merupakan salah satu antara minyak paling berkhasiat di mukabumi ini.
Jangka hayat pohon zaitun lebih panjang berbanding mana-mana pohon berbuah lain di atas planet ini. Dedaunan pohon zaitun mengandungi kompaun-kompaun (sebatian-sebatian) yang memungkinkan pohon ini hidup melebihi 1000 tahun lamanya. Ia mampu bertahan hidup dalam cuaca ekstrem panas mahupun sejuk, ketika kemarau, juga rentan terhadap serangan serangga-serangga perosak, virus-virus dan bakteria.
Penyelidikan saintifik telah membuktikan terdapat sekitar 100 kompaun-kompaun (sebatian-sebatian) semulajadi yang wujud di dalam dedaunan segar pohon zaitun.
Kompaun-kompaun (sebatian-sebatian) semulajadi ini bukan sahaja menghasilkan makanan kepada pepohonan zaitun malah berpadu tenaga mempersiapkan tanaman dengan sistem pertahanan cukup bertenaga di sepanjang tahun.
Sistem pertahanannya yang sangat bertenaga membolehkan pepohonan zaitun hidup lebih lama berbanding mana-mana pepohonan buahan lain di atas mukabumi!
Masyarakat purba Mesir kemungkinannya adalah masyarakat terawal yang memanfaatkan penggunaan dedaunan zaitun. Mereka menganggap dedaunan zaitun sebagai sumber kekuatan surgawi. Dengan berpegang kepada kepercayaan tersebut, mendorong mereka untuk mengekstrak minyak zaitun dan memanfaatkannya untuk memuniakan raja-raja mereka yang telah mangkat.
Lain-lain kebudayaan mendapati dedaunan zaitun lebih bermanfaat bagi mereka yang bernyawa daripada yang telah mati. Lebih berkurun lamanya, telah wujud pendokumentasian bahawa dedaunan zaitun merupakan herba penawar terkenal dalam melawan deman.
PENYELIDIKAN KE ATAS DEDAUNAN ZAITUN
Penyelidikan telah mengusulkan yang kompaun-kompaun (sebatian-sebataian) “pertahanan” daripada dedaunan segar pohon zaitun cukup berpotensi dalam meningkatkan kesihatan manusia.
Kompaun-kompaun (sebatian-sebataian) ini termasuklah kumpulan anti-oksida polifenolik yang amat bertenaga.
Kumpulan anti-oksida ini mempertahankan sel-sel kita daripada serangan dan kerosakan radikal-radikal bebas. Ia juga membantu menghalang penyakit-penyakit degenaratif seperti penyakit jantung dan kanser, selain memperlahankan proses penuaan.
Kumpulan anti-oksida juga telah dikaji pada spektrum lebih luas dalam fungsi-fungsinya. Ini termasuklah dalam aktiviti merendahkan tekanan darah, anti-peradangan, anti-trombotik dan juga aktiviti anti-mikrobial terhadap pelbagai jenis virus, bakteria dan yis (kulat).
Kajian-kajian yang dijalankan baru-baru ini, menunjukkan cairan daripada ekstrak minyak zaitun daripada dedaunan segar pohon zaitun mengandungi sehingga lebih 40 kali antioksida berbanding dengan minyak zaitun dara, ekstra yang terbaik.
Ekstrak dedaunan zaitun segar juga mempunyai 5 kali lebih banyak kuasa antioksida berbanding dengan Vitamin C, 28 kali lebih banyak kuasa antioksida berbanding jus Noni dan 6 kali lebih banyak berbanding dengan jus Goji.
Hari ini para saintis juga telah membuat penemuan mengenai kompaun (sebatian) pahit di dalam dedaunan pohon zaitun yang dikenali sebagai Oleuropin (Oleuropein).
Dalam banyak-banyak manfaatnya, Oleuropin bila diambil akan berfungsi dalam tubuh kita dalam menentang bermacam-macam penyakit penyebab virus, yis, fungsi dan bakteria berbahaya.
Pada tahun 1960an para penyelidik Itali melaporkan yang Oleuropin mampu merendahkan tekanan darah pada haiwan. Penemuan ini mencetuskankan minat meruap-ruap terhadap dedaunan zaitun. Lain-lain penyelidik Eropah juga mengesahkan penemuan ini. Dalam penemuan lain mereka juga mendapati Oleuropin juga meningkatkan aliran darah di dalam arteri-arteri koronari, melegakan aritmia dan mencegah spasma (kekejangan otot) usus. Para penyelidik tersebut tidak lama kemudian membuat kepastian bahawa kandungan aktif di dalam Oleuropin merupakan unsur yang dipanggil sebagai asid elenolik
Pada akhir tahun 1960an para penyelidik Amerika mendapati yang asid elenolik ini merencatkan pertumbuhan virus-virus. Antara lain, ia didapati meredakan aktiviti varieti virus-virus yang berkaitan dengan selsema biasa pada manusia. Ujian-ujian makmal pada masa ini lebih membuktikan asid elenolik bukan sahaja member kesan terhadap virus-virus, malah bakteria dan juga protozoa-protozoa berparasit.
Penyelidikan dan minat terhadap ekstrak dedaun zaitun kemudiannya terus maju kehadapan (lebih jauh lagi). Di bawah ini beberapa penemuan yang paling terbaru:
• Dalam satu siri eksperimen, Oleuropin didapati melakukan proses pentakaftifan bakteria. Ini rupanya dilakukan dengan pelarutan (pencairan) garisan luar mikrob-mikrob.
• Di Fakulti Farmakologi Sains Universiti Milan, para penyelidik mendapati yang Oleuropin merencatkan pengoksidaan lipoprotein berdensiti-rendah (berkepadatan-rendah), yang dikenali sebagai “kolestrol merbahaya” yang terlibat dengan penyakit jantung dan arteri.
Ini mungkin mendorong kepada pengurangan dalam pengoksidaan kolesterol merbahaya dan juga memperlahankan kelajuan pengumpalan platelet-platelet darah yang boleh membawa kepada proses penggumplan (pembekuan) merbahaya.
• Di Universiti Granada di Sepanyol, ahli farmakologi telah membuktikan yang ekstrak dedaun zaitun akan menyebabkan relaksasi (pengenduran) pada dinding-dinding arteri pada haiwan-haiwan di makmal.
Keputusan-keputusan tersebut mencadangkan kepada pemanfaatan ekstrak dedaun zaitun dalam menangani masalah hipertensi, iaitu kesan pertama yang telah dinyatakan oleh para penyelidik lebih 30 tahun yang lalu.
• Di Tunisa, para penyelidik mendapati yang cecair ekstrak dedaunan zaitun mengurangkan masalah hipertensi, tahap gula darah dan tahap-tahap asid urik di dalam rodensia.
Penemuan ini sekali lagi membuktikan potensi esktrak dedaun zaitun di dalam rawatan hipertensi, juga penyakit kencing manis dan jantung. Peningkatan dalam tahap asid urik juga merupakan faktor berisiko kepada penyakit jantung.
Selama berkurun lamanya masyarakat Mediterranean juga telah memanfaatkan khasiat daripada dedaunan segar pohon zaitun sebagai khasiat penyembuhan.
Penyelidikan baru-baru ini mula membongkar potensi sepenuhnya produk terapeutik yang menakjubkan ini. Dan manfaat-manfaat kesihatan Ekstrak Semulajadi Daun Zaitun ini telah diterbitkan secara meluas di seluruh dunia.
Ekstrak Dedaun Zaitun Orifera 100% semulajadi merupakan makanan tambahan dengan pelbagai kegunaan. Tiada produk herba lain yang diketahui mampu mempamirkan keunggulannya dalam spektrum lebih luas seperti yang ditunjukkan oleh ekstrak dedaun zaitun. Ini terutamanya di dalam pemanfaatannya sebagai anti-mikrob dan lain-lain manfaat kesihatan.
Dedaunan Pohon Zaitun Era Silam Kemungkinannya Menyimpan Jawapan Kepada Pelbagai Masalah-Masalah Kesihatan Insaniah (Kemanusian)
Apa Yang Diperkatakan Oleh Kalangan Profesional |
Manfaat-manfaat Ekstrak Dedaun Zaitun Orifera™
Keadaan | Keputusan | |
Tekanan Darah Tinggi | Membantu merendahkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular. | |
Usus-usus | Membantu mencegah spasma (kekejangan otot) usus. | |
Jangkitan-jangkitan Kuman | Oleuropin mempunyai kesan-kesan antibakteria bertenaga. | |
Virus-virus selsema | Merencatkan pertumbuhan virus-virus yang berkaitan dengan deman selsema dan flu (selsema). | |
Parasit-parasit | Menentang serangan parasit-parasit & protozoa | |
Radikal-radikal bebas | Mengandungi rangkaian antioksida-oksida yang agak luas dan luarbiasa tinggi yang melindungi daripada kerosakan radikal-radikal bebas | |
Tahap-tahap gula darah yang tinggi | Merendahkan kandungan gula darah pada pesakit-pesakit kencing manis (diabetes) | |
Gout | Membantu mengurangkan tahap-tahap asid urik dan masalah-masalah gout | |
Pembengkakan Nodus Limfa | Mengurangkan pembengkakan Nodus Limfa | |
Herpes dan Kurap | Membantu menyingkirkan virus-virus herpes dan kurap | |
Arteritis | Boleh Membantu melegakan kesakitan sendi-sendi dan arteritis reumatoid | |
Deman Malaria dan Denggi | Membantu dalam rawatan jangkitan-jangkitan deman malaria dan denggi | |
Jangkitan-jangkitan Yis Vagina | Melawan jangkitan-jangkitan yis vagina. |
Bagaimana Ia Berfungsi
Berdasarkan ujian makmal, kalsium elenolik di dalam Oleuropin didapati membunuh virus-virus dengan menganggu proses-proses penghasilan asid-asid amino tertentu.
Ini menghalang virus daripada gugur, membiak (bertunas) atau berkumpul pada membran-menbran sel.
Kajian menunjukkan yang kompaun (sebatian) ini mempunyai keupayaan untuk menembusi sel-sel perumah yang telah dijangkiti dan tanpa boleh terpulih lagi akan merencatkankan replikasi (penghasilan semula) virus.
Di dalam retrovirus, kompaun (sebatian) ini akan meneutralkan penghasilan enzim transkripsi (transcriptase) terbalik. Adalah dipercayai juga ia turut akan menutralkan enzim protease.
Enzim-enzim ini amat mustahak kepada retrovirus seperti HIV iaitu dalam mengubah sel-sel sihat RNA.
Para penyelidik di Eropah telah menyiasat kandungan Oleuropin dan berpendapat ia melakukan pentaktifan ke atas bakteria dengan melarut (mencairkan) lapisan luaran mikrob-mikrob.
Kajian-kajian lebih terbaru pula menunjukkan Oleuropin dilihat mampu melindungi lipoprotein berdensiti-rendah (berkepadatan-rendah) daripada pengoksidaan , lantas melindungi sistem kardiovaskular daripada kerosakan radikal-radikal bebas.
Ekstrak semulajadi dedaun zaitun ini dilihat amat berkesan sebagai pembina sistem imun (pertahanan diri) dengan terus merangsang penghasilan fagosit (phagocyte).
Ia juga mengandungi flavinoid-flavinoid dan ester yang membentuk struktur kompleks di mana organisma mikro yang telah dijangkiti tidak mampu untuk membina pertahanan terhadapnya.
Keselamatan dan Kesan Sampingan
Kajian keselamatan ke atas kalsium elenolik daripada Oleuropin telah diuji di makmal ke atas haiwan dan diterbitkan oleh Syarikat Upjohn pada tahun 1970. Kajian telah membuat kesimpulan yang walaupun diambil dalam dos-dos beberapa ratus kali lebih tinggi daripada dicadangkan, tiada toksid atau lain-lain kesan sampingan tidak diingini akan muncul.
Tiada kajian-kajian yang diketahui, telah dijalankan berkaitan dengan kesannya terhadap ibu-ibu mengandung atau yang menyusukan. Tiada kajian juga yang diketahui mengenai perkaitan antara Ekstrak Dedaun Zaitun dengan lain-lain kajian farmaseutikal yang telah dijalankan.
Terdapat juga mereka yang pada awal pengambilannya mengalami apa yang dikenali sebagai Kesan Herzheimers. Ini merupakan reaksi detokfikasi dan bukannya tidakbalas terhadap produk.
Sekiranya wujud mana-mana simptom ini- kelesuan, diarea (cirit-birit), sakit kepala, sakit otot dan sendi atau simptom-simpton seperti selsema, kurangkan amaun pengambilan dan minyak banyak air sehingga badan mampu menyingkirkan sisa-sisa toksin. Kebanyak individu tidak mengalami kesan-kesan sebegini.
Perbezaan Ekstrak Dedaun Zaitun Orifera™
Ekstrak Dedaun Zaitun Orifera diperbuat terus daripada dedaunan zaitun yang dipetik segar.
Dedaunan segar dipilih, dituai dan diekstrak dalam masa cuma beberapa minit setelah dipetik bagi mengelakkan sebarang kemerosotan mutunya.
Kompaun-kompaun (sebatian-sebatian) akti-oksida di dalam dedaunan zaitun boleh menjadi rosak dan hilang keberkesanannya bila terdedah kepada suhu, cahaya dan udara yang keterlaluan.
Kompaun-kompaun (sebatian-sebatian) ini akan mula merosot bila dedaunan mula dituai. Justru pemantauan terhadap masa teramat penting.
Tiada aktiviti penyimpanan (penstoran) pengeringan atau kerosakan kepada dedaunan akan dibiarkan berlaku semasa proses pengekstrakan kami. Ini bagi memastikan kompaun-kompaun (sebatian-sebatian) semulajadi utama dedaun seperti oleuropin,hidrosiltirosol (hydroxytyrosol) asid kafeik (caffeic), tirosol dan sebagainya terus dikekalkan untuk memberi keberkesanan maksimum.
Tidak seperti beberapa ekstrak dedaun zaitun yang lain, ekstrak kami tidak diperbuat daripada dedaunan yang telah menjalani pengdehidratan atau pengeringan beku, serbuk-serbuk dibancuh semula atau serbuk-serbuk pemangkin tiruan Oleuropin.
Ia diperbuat sepenuhnya daripada dedaunan zaitun yang segar dan masih hijau. Ini bagi memastikan kandungan semulajadi utamanya adalah mudah diperoleh dengan ketersediaan-bionya. Tiada kimia-kimia bertoksid digunakan di dalam penyediaan ekstrak dedaun zaitun kami.
Oleh sebab itu, anda boleh pastikan yang Ekstrak Dedaun Zaitun Orifera adalah berkualiti terbaik, 100% asli, diperbuat daripada dedaunan segar dan kaya dengan pelbagai kompoun-kompaun (sebatian-sebatian) asli dari anugerah alam.
Tambahan pula ia tidak mengandungi perasa tiruan, pewarna, bahan pengawet, alkohol, gula, laktos, kanji, yis, gluten ataupun produk-produk haiwan.
Ekstrak Dedaun Zaitun
RM 170.00 / Botol
Pesanan dalam Malaysia akan sampai 1-4 hari selepas penerimaan bayaran.
Berat Bersih 500ml
No. Pendaftaran USFDA : 16179925504
Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
Dapatkan Sekarang !
Ringkasan Manfaat-manfaat:
|
||
1. Membantu merendahkan tekanan darah dan mengekalkan kesihatan kardiovaskular yang normal. 2. Membantu menghindarkan spasma (kekejangan otot) usus 3. Melindungi daripada jangkitan-jangkitan bakteria,virus, yis dan parasit 4. Menyediakan perlindungan anti oksida bertenaga untuk menghindarkan dari penyakit-penyakit dan penuaan sebelum masanya disebabkan oleh kerosakan radikal- bebas. 5. Membantu mengurangkan tahap asid urik dan melegakan masalah-masalah gout. 6. Membantu mengurangkan pembengkakan nodus limfa 7. Membantu melegakan kelesuan kronik 8. Membantu mengurangkan peradangan (imflamasi) dan melegakan artritis reumatoid 9. Membantu menentang jangkitan yis vagina 10. Digunakan secara tradisional untuk melegakan deman. |
Panduan Pembayaran :
Bagaimana Membuat Pembayaran ?
Kepada Pelanggan Malaysia
Menggunakan Visa / Mastercard / Paypal Via ipay88 :
IPAY88: Sila ambil perhatian yang pembayaran anda akan diproses oleh Mobile88.com Sdn. Bhd. Nama Mobile88.com akan ditunjukkan dalam penyata Kad Kredit / Bank dan anda akan menerima notis emel mengenai pembayaran itu dari Mobile88.
Emel kami di naturenutrients.com@gmail.com dan kami akan menghantar invoice elektronik dimana anda boleh membayar dengan Kad Kredit.
Menggunakan Mesin ATM dan Pemindahan Wang pihak ketiga Bayar Kepada:
CIMB Account : 1263 0000 8500 58
Name : Nature Nutrients
E-mel butir-butir pembayaran anda kepada kami :
Nama :
Alamat Penghantaran :
Nombor Telefon Bimbit :
Butir-butir Pebayaran
Jumlah Wang yang dipindahkan :
Lokasi Bank :
Tarikh Pembayaran :
Butir-butir Lain
Nama Produk :
Kuantiti :
E-mel : naturenutrients.com@gmail.com
Kos Penghantaran
Penghantaran dalam Malaysia :
Kos penghantaran sebanyak RM5.00 akan dikenakan bagi pembelian yang tidak melebihi RM99.00. Jadi ia adalah tidak memadai bagi penghantaran satu kali, disebabkan itu kami menggalakkan anda untuk membeli sekurang-kurangnya lebih daripada RM99.00. Setiap pembelian yang melebihi RM99.00, tiada kos penghantaran dan ia percuma.
Penghantaran Malaysia Servis :
Hubungi kami jikalau anda ada sebarang pertanyaan.
Nature Nutrients (001608822-W)
26B, Jalan Watan 6,
Taman Sri Watan Ampang,
68000, Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.
Fax : 603 - 4296 4539
E-mel : naturenutrients.com@gmail.com