Cart  

(empty)
life-science


we care about your health
Health-Care
Dothan Decorators
water filter system

Aromatic (Wangian / Haruman) VCO                                                         Bahasa English




“Adakah kini anda mengalami masalah keretakan tumit kaki, kekeringan kulit atau masalah penuaan kulit?”

Pelembap Kulit Semulajadi Menakjubkan : Minyak Kelapa Dara.
 
 

Minyak Kelapa Dara:
Anugerah Alam Ke arah Kulit Lebih Sihat

 

Sejak beribu tahun lamanya wanita di negara-negara tropika telah memanfaatkan khasiat minyak kelapa dara sebagai pelembab kulit dan bibir, serta dijadikan sebagai losyen, sabun dan perapi rambut mereka. Ia juga dimanfaatkan untuk pelbagai kegunaan lain dalam penjagaan kesihatan dan penjagaan diriSekalung penghargaan (Terima kasih) kepada kemudahan-kemudahan penyelidikan moden, maka terbuktilah kebijaksanaan silam tanpa diragukan lagi!! Ini kerana minyak kelapa dara ini mempunyai tekstur asli, berasal daripada sumber-sumber sayuran dan bebas daripada pestisida dan lain-lain kimia juga unsur-unsur pencemaran.

Minyak Kelapa Dara secara tersendirinya juga telah terbukti sebagai salah satu daripada minyak semulajadi terbaik bagi kulit manusia. Ia menyediakan nutrien-nutrien yang amat diperlukan oleh kulit yang kian berusia.

Anda adalah amat disyorkan untuk memanfaatkan Minyak Kelapa Dara pada kulit anda. Pastinya tidak berapa lama selepas memanfaatkannya anda akan mengalami pengalaman hebat yang mampu VCO lakukan terhadap kulit anda!

Pertamanya VCO bukan sahaja melembutkan kulit anda, malah melindunginya daripada kerosakan, mempercepatkan penyembuhan dan menampilkan kulit yang lebih remaja dan sihat.

Minyak ini diserap ke dalam kulit dan juga ke dalam struktur sel tisu-tisu perantara. Lantas proses penyerapan ini akan menghadkan kerosakan kepada kulit yang keterlaluan terdedah kepada sinar mentari.

Keduanya VCO menghalang daripada kerosakan akibat pembentukan radikal bebas juga melindungi kulit daripada radikal bebas ini. Ia membantu memelihara kulit daripada pembentukan bintik-bintik hati, dan lain-lain kecacatan pada kulit disebabkan oleh penuaan dan kerana keterlaluan terdedah kepada cahaya matahari. Ia membantu memelihara tisu-tisu perantara untukr terus kuat dan lembu agar kulit tidak kendur dan berkedut. Dalam beberapa kes ia bahkan boleh memulihkan kulit yang rosak atau berpenyakit.

Ketiganya, apa yang Minyak Kelapa Dara mampu lakukan pada kulit anda, perkara yang sama juga boleh lakukan pada rambut anda. Ia amat menakjubkan bila dimanfaatkan untuk mengurangkan kelemumur, rambut bercabang , rapuh dan kering serta memperbaiki kekeringan kulit kepala. Ini merupakan pengalaman dari generasi ke generasi yang memanfaatkannya di India dan di Indonesia. Ketika ini di Kalimatan iaitu di Kepulauan Borneo, VCO digunakan oleh penduduk kampung sebagai anti-biotik atau pereda pelbagai guna dalam melegakan masalah-masalah kulit. Minyak Kelapa Dara juga merupakan pereda semulajadi terunggul bagi jerawat dan kelecuran ringan akibat air panas. Fungsinya hampir serupa seperti Minyak Rose Hip.

 

Mengapa Hanya Minyak Kelapa Dara Sahaja Yang Patut Anda Gunakan Sebagai  Pelembap Kulit Anda?

 

Kerana VCO adalah Pelembap Semulajadi Terbaik.

Tahukah anda yang kandungan utama kebanyakan krim dan losyen komersial adalah air? Lembapan dengan cepat diserap ke dalam kulit kering , berkedut. Bila air memasuki kulit ia mengembangkan tisu-tisu, umpama mengisi belon dengan air, jadi kedutan mula beransur-ansur hilang dan kulit terasa lebih licin. Namun semua ini hanya sementara. Sebaik sahaja air meruap atau dibawa pergi menerusi saluran darah, kulit kering dan berkedut akan timbul semula! 

  

Bagaimana bersusah-payah sekalipun dicuba, seseorang tidak akan pernah mampu mengekalkan pemulihan kulit kering berkedut dengan losyen badan atau produk-produk penjagaan badan komersial. 

  

Selain air, kebanyakan losyen mengandungi sekurang-kurangnya sejenis minyak. Minyak ini kebanyakannya adalah minyak sayuran yang telah menjalani proses penulenan tinggi. Justru ia telah kehilangan semua kandungan semulajadinya. Keadaan ini akan mendorong kepada pembebasan secara besar-besaran radikal-radikal bebas ( molekul tidak stabil).

Kulit kita terdiri daripada tisu-tisu perantara. Tisu-tisu ini menjadikan kulit kita kuat dan anjal. Semasa kita muda dan sihat kulit kita licin, anjal dan lembut.

Ini adalah kesan daripada serat-serat perantara yang kuat. Semakin kita berusia serat-serat ini masih terus wujud, namun ia dipengaruhi oleh serangan radikal bebas yang akan membawa kepada kerosakan.

Kesannya tisu-tisu perantara ini akan mengeras dan kehilangan keanjalan juga kekuatannya. Kulit akan hilang keupayaaan untuk bertaup antara satu sama lain dan mula mengendur dan menjadi berkedut.

Semakin seseorang itu berusia, kulit yang lembut dan licin bertukar kering dan mengeras. Memandangkan VCO adalah bebas-radikal, kandungan vitamin E dan Asid Laurik di dalamnya, diketahui akan melambatkan proses penuaan kulit- ini menjadikan VCO salah satu daripada pelembap-pelembap semulajadi yang terbaik!!
  

 

Ini kerana Kandungan Anti-Oksida Dalam VCO Adalah Tinggi

Sebaik sahaja reaksi radikal-bebas bermula ia akan mempengaruhi reaksi rantaian yang mana akan menghasilkan lebih banyak radikal-radikal bebas yang mana akhirnya akan merosakkan beribu-ribu molekul.

Satu cara sahaja di mana tubuh kita berupaya untuk melawannya ialah dengan anti-oksida. Bila radikal bebas berhubungan dengan anti-oksida, reaksi rantaian diberhentikan. 

  

Atas alasan ini, untuk melindungi kita adalah baik untuk mempunyai banyak anti-oksida di dalam sel-sel dan tisu-tisu badan. Jumlah anti-oksida yang dimiliki dalam tisu-tisu kita amat dipengaruhi oleh nutrien-nutrien di dalam diet kita.

Hingga kini sewajarnya anda boleh menghargai akan kepentingan anti-oksida di dalam produk-produk penjagaan kulit juga.

  

Aromatik (Wangian/Haruman) Minyak Badan VCO Orifera tidak ditulenkan apaupun ditapis, justru ia masih mengekalkan kandungan bahan-bahan semulajadinya seperti vitamin dan mineral misalnya vitamin E. Sebaik sahaja diserap oleh kulit manusia, kulit bakal menikmati kesemua nutrien semua yang terbaik daripada anugerah khazanah alam semulajadi!!

 

Pemerhatian Terhadap Produk-produk Penjagaan Badan Konvensional:

 

Produk-produk penjagaan badan konvensional (yang diperbuat daripada minyak sayuran telah ditulenkan) hampir kesemua kandungan anti-oksidanya telah disingkirkan daripadanya. Keadaan ini amat cenderong ke arah pembentukan radikal-bebas di kedua-dua bahagian dalam dan luar badan.

 

Sebab itulah pengambilan minyak sayuran terproses boleh mengakibatkan kemerosotan di dalam vitamin E dan lain-lain anti-oksida. Anti-oksida dimanfaat untuk menentang radikal-radikal bebas yang mengakibatkan kerosakan kekal kepada tisu-tisu perantara.

Ini jugalah sebabnya mengapa anda perlu berhati-berhati dengan jenis minyak, losyen, krim dan pelembap bibir yang anda gunakan pada kulit anda.

 

Sekiranya anda menggunakan losyen atau krim dengan kandungan minyak telah ditulenkan, anda sebenarnya telah mengakibatkan kulit anda mengalami penuaan dengan lebih cepat.

 

Losyen tersebut walaupun mungkin akan menampakkan pemulihan sementara pada kulit, namun hakikatnya ia bukan sahaja mempercepatkan proses penuaan kulit, bahkan meningkatkan kemungkinan anda mendapat kanser kulit menerusi radikal-radikal bebas yang telah sedia terbentuk daripada minyak sayuran telah ditulenkan.

 

Salah satu petanda klasik penuaan adalah penampilan tompok-tompok coklat, tompok-tompok seperti jeragat ataupun bintik-bintik hati ( liver spots).

Ia merupakan tanda-tanda kemusnahan oleh radikal-bebas ke atas lipid (lemak) di dalam kulit kita, lantas ia dinamakan sebagai lipofuscin. Pengoksidaan terhadap lemak-lemak politidaktepu (polyunsaturated) dan protein yang disebabkan oleh aktiviti radikal-bebas di dalam kulit dikenali sebagai penyebab utama yang mengakibatkan bintik-bintik hati/hepar. (liver spots)

Bintik-bintik hati (liver spots)
lazimnya tidak menyakitkan atau menunjukkan tanda-tanda ketidakselesaan. Sekiranya kita tidak melihatnya kita bahkan tidak akan tahu kewujudannya di situ. Namun ianya memberi kesan kepada kesihatan dan penampilan kita.

Oleh kerana sel-sel tidak mampu untuk menyingkirkan pigmen lipofuscin, ia terhimpun secara beransur-ansur di sekitar banyak sel-sel di dalam badan di saat kita semakin berusia.

Sebaik sahaja pigmen lipofuscin terbentuk, ia cenderong wujud sepanjang hayat. Namun anda boleh mencegah proses pengoksidaan yang lebih teruk dan kemungkinannya mengurangkan tompok-tompok sedia ada dengan menggunakan minyak yang bersesuaian di dalam diet dan juga ke atas kulit anda.

  

Bagaimana Minyak Kelapa Dara ORIFERA bekerja (berfungsi) Untuk Kulit Anda

Minyak Kelapa Orifera diproses menerusi teknologi Bioteknologi Penapaian (fermentasi). Proses ini akan mengekalkan 90-95% keasliannya dan struktur molekulnya adalah lebih kecil daripada sel-sel manusia.

Di Orifera satu formulasi juga digunakan untuk menyingkirkan saki-baki bakteria berbahaya daripada Minyak Kelapa Dara. Proses-proses VCO dalam keadaan ini mempunyai kandungan anti-oksida yang paling tinggi.

Salah satu daripada lambang keistemewaan anti-oksida adalah kerana ia mengekalkan kesegaran nutrien-nutrien dalam jangkamasa yang panjang.

Ini menjadikan VCO Orifera sebagai salah satu bahan awetan semulajadi terbaik. (Di Orifera kami menggunakannya sebagai bahan pengawetan semulajadi di dalam kesemua produk-produk penjagaan kulit kami ).

Ujian telah membuktikan yang antiseptik asid-asid tepu di dalam Minyak Kelapa Dara Orifera membantu dalam menghalang jangkitan kulat dan bakteria pada kulit bila ia disapukan pada kulit.

Cara paling mudah untuk bakteria memasuki tubuh selain daripada bukaan-bukaan semulajadi seperti hidung dan mulut ialah dengan meresap menerusi kulit.

Bila pertahanan kulit musnah, jangkitan-jangkitan boleh terhasil; jerawat, kurap, herpes, bisul, kaki makan air (athlete's foot) dan ketuat, iaitu hanya sebahagian daripada jangkitan-jangkitan penyakit yang boleh merosakkan kulit dan tubuh anda.

Penghalang kimia terbesar kepada organisma telah dijangkiti adalah lapisan asid di atas kulit.

Kulit yang sihat mempunyai pH sekitar 5, menjadikannya sedikit berasid. Peluh kita ( mengandungi asid-asid urik dan laktik ) dan minyak badan mampu meningkatkan persekitaran berasid ini.

Oleh sebab itu, peluh dan minyak adalah gabungan yang bagus untuk kita. Bakteria tidak berbahaya mampu bertahan dengan asid dan hidup di atas kulit, namun bakteria bermasalah tidak mampu untuk membiak dan jumlahnya juga sedikit.

Minyak yang dihasilkan oleh tubuh kita dipanggil sebum, Sebum dilitupi oleh kelenjar minyak (kelenjar sebum) yang terletak di bahagian akar setiap rerambut dan juga di lain-lain bahagian badan.

Minyak ini amat penting untuk kesihatan kulit. Ia melembut dan melincirkan kulit dan rerambut juga menghalang kulit daripada mengering dan meretak.

Sebum juga mengandungi rantaian sederhana asid-asid tepu, di dalam bentuk rantaian sederhana trigliserida yang boleh dibebaskan untuk menentang kuman-kuman merbahaya.

Minyak Yang Membantu Anda Menentang Bakteria

Kulit kita adalah perumah kepada banyak organisma kecil, di mana kebanyakannya adalah tidak merbahaya; terdapat juga beberapa yang bermanfaat.

Sekurang-kurangnya terdapat satu bakteria penting untuk mewujudkan persekitaran sihat di atas kulit kita. Ia hidup di atas sebum, memusnahkan trigliserida kepada asid-asid tepu bebas. Sebenarnya bakteria hidup dengan memanfaatkan bahagian gliserol pada trigliserida.

Ini meninggalkan 3 bentuk asid tepu yang kini “dibebaskan” daripada unit gliserol yang menaupkan (mengikat) mereka bersama-sama. Rantaian sederhana asid-asid yang terikat kepada unit-unit gliserol sepertimana ia terkandung dalam Aromatik (Wangian/Haruman) Minyak Badan VCO Orifera, tidak mempunyai kandungan antimikrobial.

Walau bagaimanapun bila terpecah/terpisah sebagai asid-asid tepu bebas, mereka bertukar menjadi antimikrobial yang berkuasa/bertenaga.

Bakteria-bakteria ini menukarkan rantai sederhana trigliserida ( di dalam sebum atau di atas kulit) kepada asid-asid tepu bebas yang mampu membunuh bakteria, virus-virus dan juga kulat penyebab-penyakit.

Gabungan sedikit pH berasid dan rantaian sederhana asid-asid tepu ini menyediakan lapisan perlindungan kimia di atas kulit yang menghalang jangkitan daripada organisma-organisma penyebab penyakit.

Disebabkan terutamanya oleh tindakan bakteria ini, minyak di atas lapisan kulit dan rerambut anda akan membentuk di antara 40 hingga 60 peratus asid-asid tepu bebas.

Rantaian sederhana asid-asid tepu di dalam sebum ini menyediakan lapisan perlindungan ke atas kulit yang akan membunuh kuman-kuman merbahaya.

Aromatik (Wangian) Minyak Badan (VCO) Orifera yang mengandungi trigliserida, sekiranya diletakkan di atas kulit tidak akan memberi sebarang tindakan anti mikrobial dengan serta merta.

Bagaimanapun, bakteria yang sering hadir di atas kulit akan menukarkan trigliserida ini kepada asid-asid tepu bebas, sebagaimana yang dilakukannya terhadap sebum. Kesannya adalah peningkatan dalam jumlah asis-asid tepu mikrobial ke atas kulit dan peningkatan perlindungan terhadap jangkitan.

Asid-asid tepu bebas ini juga membantu dalam menyumbang kepada persekitaran berasid di atas kulit yang menangkis/menyingkirkan kuman-kuman penyebab penyakit.

Aromatik (Wangian/Haruman) Minyak Badan (VCO) Orifera akan mudah menyerap, menjadikan kulit lembut tanpa rasa berminyak. Ia tidak seperti lain-lain jenis minyak yang digunakan untuk melembutkan kulit kasar dan kering.

Ia akan membantu mengurangkan inflamasi (peradangan) kronik kulit dalam tempoh beberapa hari. Ia juga melega dan merawat luka-luka, kelecuhan darah, ruam dan sebagainya. Ia juga merupakan ramuan unggul untuk merawat salva dan salap. Manusia telah memanfaatkan Aromatik (Wangian/Haruman) Minyak Badan (VCO) Orifera atau Minyak Kelapa Dara Orifera/ campuran bawang putih yang ditumbuk halus di malam hari untuk menghilangkan ketuat plantar (tapak kaki) dan penyakit kaki makan air (athlete's foot). Hasilnya cukup menakjubkan.

Faktor Aromatik ( Wangian/Haruman)

Memandangkan Minyak Kelapa Dara Orifera boleh dipakai sepanjang hari, seseorang pasti tidak ingin berbau seperti Kelapa bila mereka berada di mana-mana di luar. Penyelesaiannya ialah dengan mencampurkannya dengan bauan jambangan bunga-bungaan semulajadi lavender Jepun untuk memberikan wangian/haruman sepanjang hari.

Bila menggunakan Aromatik (Wangian/Haruman) Minyak Badan VCO Orifera , akan bangkitlah aroma semerbaknya dan tiada lain-lain minyak pati yang diperlukan. Ia adalah minyak badan luar biasa juga losyen badan yang tidak berminyak, menyerap dengan baik.

Cuma sedikit minyak diperlukan selain rasa bagai selembut suteranya tidak akan hilang walaupun selepas berjam-jam anda menyapukannya ke kulit anda. Baunya bahkan akan kekal sepanjang hari.


Aromatik (Wangian/Haruman) Minyak Badan VCO Orifera:
"Rasa Penuh Keyakinan, Bila Mengetahui Anda Sedang Memanfaatkan Anugerah Dari Alam Semulajadi Demi Kesihatan Lebih Baik!"

 

Jaminan kami kepada para pelanggan kami bahawa kami memanfaatkan Minyak Kelapa Dara dalam bentuk paling asli. Lantas anugerah Alam Semulajadi ini mampu berfungsi sepenuhnya, secara tersendiri untuk memelihara molekul dan sel-sel tubuh anda. Ciri-ciri produk-produk penjagaan kulit Orifera adalah seperti berikut:

 

Formulasi/peramuanan Bertaraf Antarabangsa. Kami bekerjasama rapat dengan para penyelidik antarabangsa yang mempunyai kepakaran di dalam bidang penyelidikan dan pembangunan Minyak Kelapa Dara. Ini memungkinkan formulasi/peramuanan terkini digunakan dalam menghasilakan produk-produk penjagaan kulit yang memanfaatkan Minyak Kelapa Dara.

 
Kaya Dengan Kandungan Anti-oksida.Salah satu daripada lambang keistemewaan anti-oksida adalah kerana ia mengekalkan kesegaran nutrien-nutrien dalam jangkamasa yang panjang. Ini menjadikan VCO Orifera sebagai salah satu bahan awetan semulajadi terbaik. Ia sesuai sebagai bahan awetan semulajadi bagi semua jenis produk yang memerlukan jangka-hayat penyimpanan yang panjang. Ini menjadikannya sebagai bahan yang ideal dalam penghasilan produk-produk penjagaan badan. Struktur molekulnya yang kecil membenarkan penyerapan mudah, memberikan tekstur yang lembut lagi licin kepada kulit juga rambut anda. 

 
Kualiti, Kuantiti dan Ketersediaan.Untuk memastikan anda memperoleh minyak ajaib semulajadi yang terbaik, kami akan memastikan sumber bahan mentahnya boleh dipercayai selain proses penghasilan juga adalah ketat.

Dapatkan Aromatik (Wangian/Haruman ) Minyak Kelapa Dara Orifera Anda Hari Ini Untuk Kulit Yang Lebih Sihat

 

Aromatik (Wangian/Haruman) Minyak Kelapa Dara

Aromatik (Wangian/Haruman) Minyak Kelapa Dara Asalnya dibangunkan untuk paramugari Sistem Penerbangan Malaysia yang memerlukan pelembap yang unggul dan tidak berminyak bagi penerbangan jauh ke luar negara.

Minyak hebat dengan haruman asli minyak kelapa ini cukup sempurna sebagai minyak urutan mewah atau sebagai bahan lembapan yang berkhasiat untuk kulit, rambut serta kuku anda.

Kandungan Anti bakteria, anti-viral dan anti-kulat semulajadi daripada minyak kelapa dara ini membantu melindungi kulit anda.
Untuk kegunaan luaran sahaja.

Unggul dimanfaatkan untuk : Kulit kering, kulit terkena selaran mentari, kedut-kedut, ruam lampin, melecur kulit akibat terlalu lama berbaring (bed sore), melecur kebakaran, gigitan serangga, kaki makan air (athlete's foot), kurap, ruam kulit dan kelemumur .



RM 50.00 / Botol
Pesanan dalam Malaysia akan sampai 1-4 hari selepas penerimaan bayaran

Berat Bersih 110ml
No. Pendaftaran USFDA : 15998370806 
Diluluskan Oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
 


Dapatkan Sekarang ! 


Panduan Pembayaran :

Bagaimana Membuat Pembayaran ?



Kepada Pelanggan Malaysia

Menggunakan Visa / Mastercard / Paypal Via ipay88 :


IPAY88: Sila ambil perhatian yang pembayaran anda akan diproses oleh Mobile88.com Sdn. Bhd. Nama Mobile88.com akan ditunjukkan dalam penyata Kad Kredit / Bank dan anda akan menerima notis emel mengenai pembayaran itu dari Mobile88.

Emel kami di naturenutrients.com@gmail.com
 dan kami akan menghantar invoice elektronik dimana anda boleh membayar dengan Kad Kredit.

Menggunakan Mesin ATM dan Pemindahan Wang pihak ketiga Bayar Kepada:

CIMB Account : 1263 0000 8500 58
Name : Nature Nutrients


E-mel butir-butir pembayaran anda kepada kami :

Nama :
Alamat Penghantaran :
Nombor Telefon Bimbit :

Butir-butir Pebayaran

Jumlah Wang yang dipindahkan :
Lokasi Bank :
Tarikh Pembayaran :


Butir-butir Lain

Nama Produk :
Kuantiti :
E-mel :
naturenutrients.com@gmail.com

Kos Penghantaran

Penghantaran dalam Malaysia :

Kos penghantaran sebanyak RM5.00 akan dikenakan bagi pembelian yang tidak melebihi RM99.00. Jadi ia adalah tidak memadai bagi penghantaran satu kali, disebabkan itu kami menggalakkan anda untuk membeli sekurang-kurangnya lebih daripada RM99.00. Setiap pembelian yang melebihi RM99.00, tiada kos penghantaran dan ia percuma.

Penghantaran Malaysia Servis :

  

Hubungi kami jikalau anda ada sebarang pertanyaan.

Nature Nutrients (001608822-W)
26B, Jalan Watan 6,
Taman Sri Watan Ampang,
68000, Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.

Fax : 603 - 4296 4539
E-mel :
naturenutrients.com@gmail.com

Ambil Perhatian: Minyak Kelapa Dara ORIFERA bukanlan sejenis dadah dan anda tidak boleh mengharapkan ia memberi kesan serta-merta seperti dadah. Minyak Kelapa Dara ORIFERA adalah makanan nutraseutikal. Justru ia membantu proses pemulihan semulajadi badan. Anda tidak boleh mengharapkan masalah-masalah kesihatan kronik yang telah dihidapi bertahun lamanya akan hilang dalam masa semalaman saja. Minyak Kelapa Dara ORIFERA bukanlah penyembuh mana-mana sebarang penyakit tertentu ataupun masalah kesihatan. Apa yang dilakukkannya ialah menyediakan tubuh dengan elemen-elemen bernutrien yang diperlukan untuk pulih dengan sendirinya. Anda perlu menunggu sehingga tubuh mampu menyerap nutrien-nutrien tersebut. Kadangkala ini mungkin akan memakan masa Gunakan minyak kelapa dara ORIFERA dalam jangkamasa secukupnya untuk melihat perbezaannya.
* Kenyataan-kenyataan ini belum lagi dinilai oleh Pentadbir Makanan dan Dadah. Produk ini bukan bertujuan untuk membuat apa-apa diagnosis, merawat, memulih ataupun menghindar sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat profesional berkelayakan dalam penjagaan kesihatan mengenai kekuatiran tertentu berkaitan kesihatan anda. Hasil keputusan antara berlainan individu kemungkinannya adalah beza-beza.